Pages

Tuesday, June 26, 2012

(DIY) Laptop/Notebook Cooler Buatan Sendiri - Pasti Sejuk dan Puas Hati


Inilah Notebook/Laptop Cooler yang pasti akan menyejukkan notebook anda ke tahap paling sejuk. 
Kini anda boleh DIY/buat sendiri dan gunakan di pejabat anda. 
Pastikan ada kemudahan aircond di tempat tersebut.

Friday, June 22, 2012

Hadis Nabi Muhammad SAW Mengenai Amalan Yang Mudah Dilakukan Tetapi Besar Ganjarannya


Hadis Nabi Muhammad SAW mengenai amalan-amalan yang mudah dilakukan tetapi besar ganjarannya.


Solat (sunat) dua raka'at sebelum subuh adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
(Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)
"Barangsiapa yang wudhu dengan sempurna dan setelah selesai wudhunya dia mengucapkan "Asyhhadu an laa ilaaha illallah, Wa Asyhadu anna Muhammadan 'abduhu Wa Rasuuluh", maka akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh masuk dari mana-mana pintu yang dia suka."
(Hadis riwayat Muslim)
"Barangsiapa yang keluar (rumah) dalam keadaan bersuci menuju masjid  untuk menunaikan solat berjemaah , maka pahalanya sama seperti seseorang yang mengerjakan haji dalam keadaan berihram."
(Hadis riwayat Abu Dawud)
"Barangsiapa yang sering beristighfar (mengucapkan Astaghfirullah al 'adhim) maka Allah akan memberikan ia jalan keluar daripada sebarang kesulitan, dan Allah memberikan penyelesaian dari sebarang masalah dan Allah akan memberi dia rezeki yang dia tidak sangka-sangka." 
(Hadis riwayat Abu Dawud)
"Katakanlah (sepertimana) yang diucapkan oleh muazzin dan setelah selesai maka mohonlah (apa-apa) dari Allah, nescaya ALlah akan memperkenankan do'amu"
(Hadis riwayat  Abu Dawud dan anNasai)
"Tidaklah ditolak do'a di antara azan dan iqamah" 
(Hadis riwayat Tirmizi)
"Barangsiapa yang menahan marahnya sedangkan ketika itu dia mampu untuk melepaskan kemarahannya, maka Allah akan menyeru namanya di akhirat nanti di hadapan makhluk yang lain dan Allah memberinya pilihan bidadari-bidadari mana yang disukainya"
(Hadis riwayat Tirmizi)
"Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu nescaya tidak ada sesuatu yang menghalangnya dari masuk syurga melainkan mati (maksudnya dia dijanjikan syurga selepas mati) " 
(Hadis riwayat An-Nasai)
"Tidaklah seseorang itu berwudhu dengan membaguskan wudhunya kemudian ia solat dua raka'aat selepasnya dengan menghadapkan hati dan wajahnya pada solat itu, melainkan wajib baginya syurga"
(Hadis riwayat Muslim)
"Aku menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi seseorang yang mengelakkan  berdebat walaupun dia berada di pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di bahagian tengah syurga yang menghindari berdusta walaupun dalam keadaan bergurau. Dan aku menjamin sebuah rumah di di tingkat atas syurga bagi seseseorang yang membaguskan akhlaknya" 
(Hadis riwayat  Abu Dawud)
"Ketika seseorang itu berjalan dan dia menemui kayu berduri di jalan itu, lalu dia menyingkirkannya. Allah berterima kasih terhadapnya dan memasukkannya ke dalam syurga" 
(Hadis riwayat  Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa yang membaca SubhanaLlahi Wabihamdih seratus kali sehari maka akan dihapuskan dosa-dosanya walaupun ia sebanyak buih di lautan " 
(Hadis riwayat Bukahari dan Muslim)
"Anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La ilaa ha illaLah" 
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Monday, June 11, 2012

Maklumbalas Terbaru Daripada PLUS - Pemasangan Lampu Jalan di Lokasi Bayangan Maut


Sebelum ini, telah dikeluarkan artikel berkenaan perkara ini seperti pada link berikut : Cadangan kepada PLUS - Lampu Jalan & Pasukan Penyelamat Sendiri.  Lalu telah diajukan semula aduan kepada pihak PLUS berkenaan perkara ini. Berdasarkan maklumbalas yang diberikan, kemudahan lampu jalan pada lokasi tersebut akan diperoleh setelah projek persimpangan bertingkat siap dilaksanakan pada suku kedua tahun 2013.

Syabas kepada PLUS, sekurang-kurangnya ada penambahbaikan yg sedang dilakukan, walaupun ia adalah sebahagian daripada projek persimpangan bertingkat. Diharap projek pemasangan lampu jalan yg baru akan dilaksana di kesemua lokasi yang masih bergelap pada waktu malam. Berikut adalah maklumbalas yang diberikan. 
Tuan,
 
Pihak kami dengan segala hormatnya ingin merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 1/5/2012 berkenaan perkara di atas.
 
Terlebih dahulu, pihak kami ingin merakamkan rasa simpati di atas kejadian yang  berlaku pada 1/5/2012 seperti di dalam artikel yang pihak tuan lampirkan. 
 
Untuk makluman tuan, kami telah melaksanakan pelan pengurusan trafik yang telah diluluskan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk pembinaan persimpangan bertingkat di KM 434.  Sebelum kerja-kerja pembinaan tersebut bermula, pihak kami telah meletakkan “Chevron Light, Blinker dan Spot Light” di lokasi pembinaan sebagai langkah keselamatan kepada pengguna-pengguna lebuhraya kami terutamanya pada waktu malam. 
 
Lanjutan daripada kemalangan yang berlaku di lokasi ini pada 1/5/2012 yang lalu, pihak kami telah meningkatkan lagi pengurusan trafik dengan menambah bilangan “Chevron Light” dan “Blinker” yang sedia ada.  Di samping itu, pihak kami juga telahpun menambah bilangan “Spot Light” di lokasi pembinaan pada 3/5/2012 dan memasang “Road Stud” pada garisan jalan sementara.  Untuk pengetahuan tuan, lokasi tersebut akan dilengkapi dengan sistem lampu apabila kerja-kerja pembinaan persimpangan bertingkat siap dilaksanakan pada suku kedua tahun 2013.
 
Oleh yang demikian, kami berharap semoga pihak tuan berpuashati dengan penjelasan kami di atas dan maklumbalas tuan amatlah kami hargai untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami di masa hadapan.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
                                                         
Yang benar,
 
Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Jualan
PLUS Berhad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...