Pages

Friday, April 27, 2012

[Video] - Drama Makbul (Musim Terbaru 2012)


Aku minat drama Makbul ni, sekarang ada musim baru. Jadi aku share lah. hehe
Bolehlah menonton. Banyak kebaikan yg boleh kita peroleh daripada drama ni.


Tazkirah - Pasang Surut Iman

MENYEBUT soal keimanan, ia waktu pasang dan surutnya bertambah atau berkurangan. Apabila bertambah amalan dan ketaatan, itu petanda iman sedang pasang manakala sekiranya semakin berkurangnya amalan dan bertambah pula kemaksiatan, itu tandanya iman semakin surut.

Sebagai renungan, mari sama-sama kita berkongsi kenapa dan apa sebabnya iman boleh menurun dan merosot supaya ia menjadi sempadan dan pedoman dalam menguruskan hati dan iman supaya sentiasa segar.

Antara sebab turunnya kadar iman seseorang kerana: 

Thursday, April 5, 2012

Presiden FAM tak peduli sangat rupanya, patutlah bola malaysia tak maju!

Ketika ditanya mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Annuar itu, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden FAM bertitah bahawa tidak mengetahuinya kerana tidak berada di dalam negara.

“Saya tidak tahu (hukuman) itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya dan saya berada di Singapura,” titah baginda.

Petikan di atas adalah dpd sumber berita Bernama (Kebebasan Bersuara Perlu Ikut Peraturan Yang Ditetapkan - Sultan Pahang).

Apa yg boleh aku cakap, rupa-rupanya itulah antara sifat Presiden FAM ni, jenis "malas" ambil tahu sendiri & hanya akan mengharapkan laporan daripada pegawai. Tiada inisiatif ambil tahu sendiri sebagai seorang presiden. 

Patutlah pelbagai cadangan penambahbaikan bolasepak Malaysia tak pernah terlaksana. Rasanya terlalu banyak cadangan yg dilontarkan oleh peminat bolasepak yang terdiri dpd pemimpin kerajaan, pakar akademik, pemerhati bolasepak, wartawan sukan, bekas pemain & penyokong fanatik. 

Rupa-rupanya semua cadangan ini tidak mungkin sampai kepada presiden FAM kerana presiden tersebut nampak jenis malas ambil tahu, hanya mengharap laporan daripada pegawai FAM. Itupun kalau laporan berkala yang diberi oleh pegawai mengandungi cadangan. hehe. Nampaknya seperti kata Luxius Maximus, Malaysia tidak mungkin akan ke Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun lagi.

Monday, April 2, 2012

Dropbox - Storan Maya Anda Diluar Sana

Dropbox, salah satu servis yang membolehkan kita bawa/simpan/backup apa saja fail yang kita mahu secara maya. Ia boleh jadi sebagai salah satu pilihan selain kita simpan dalam pendrive, external hard disk dan juga email (hehe aku guna cara ni). 

Kalau guna pendrive, external boleh rosak atau hilang, jadi dengan menggunakan dropbox ini mungkin yang paling selamat dengan syarat kita sentiasa ingat username & password. hehe


Sunday, April 1, 2012

Cara Mencuci dan Membersihkan Penutup Rice Cooker / Periuk Nasi anda

Aku saja buat entry ni sebab aku yakin mesti ramai yang tak sedar dan tak tahu bahawa kita perlu atau boleh membasuh penutup rice cooker (ada orang taip 'reskuker') bagi jenis rice cooker / periuk nasi seperti gambar dibawah ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...