Pages

Thursday, May 3, 2012

[ Product Search ] - Semak Ubat/Kosmetik yang Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Secara Online

Kadangkala aku akan ke farmasi untuk membeli ubat 'backup' seperti panadol & gula2 sakit tekak. Bukan apa kerana di farmasi, aku lebih yakin ubat yg aku beli tu adalah ubat yg original, bukan tiruan seperti di video youtube ini: Info Pengguna - Farmasi

Tetapi baru terfikir minggu lepas, adakah aku boleh yakin 99% bahawa semua produk yang dijual di farmasi itu adalah sah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan? Oleh itu, aku terus bertanya kepada admin Portal MyHEALTH, dan ini jawapan dia:

Di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, semua ubat dan kosmetik perlu didaftarkan sebelum dijual kepada umum. Walau bagaimanapun, masih terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjual/membawa masuk ubat-ubatan secara tidak sah (tidak berdaftar). Tuan/puan dinasihatkan agar menyemak dahulu setiap ubatan yang ingin dibeli. Ubat yang berdaftar wajib mempunyai nombor pendaftaran (nombor MAL)yang dicetak pada kotak / bungkusan serta hologram yang tulen. Kebanyakan farmasi swasta mempunyai alat untuk mengesan ketulenan hologram. Tuan/puan boleh menyemak dengan farmasi yang berdekatan.

Maka ada masanya mungkin kita perlu semak (kalau rajin lah hehe) status ubat tersebut. Kita boleh buat carian di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di url berikut:  
http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

Antara carian yg disediakan:
  • Product Name
  • Product Registration No.
  • Registration Holder
  • Active Ingredient
  • Manufacturer
Carian adalah bercirikan 'LIKE', kita boleh search keyword sahaja seperti "panadol, syrup, vitamin c, ginseng". Carian ni meliputi semua kosmetik & ubat.

Contoh hasil carian

Harap kita semua boleh gunakan kemudahan yang ada ni bila2 masa kalau perlu. Sekurangnya kita boleh yakin produk/ubat yang kita ambil tu disahkan selamat oleh kementerian kesihatan asalkan diguna atau diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.
semak ubat kosmetik tiruan palsu tulen, KKM, bahagian farmasi, status ubat, check pendaftaran ubat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...