Pages

Tuesday, March 27, 2012

Video - Makna Bacaan Dalam Solat / Sembahyang

Bagus betul idea orang yang buat stop motion video ni, semoga beliau dapat menghasilkan pelbagai video yang berguna untuk tujuan dakwah.




Makna Bacaan Solat 

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan Muslimin.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Allah Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci Allah yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah.
Semoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya.
Semoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang saleh.
Aku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah.
Dan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah.
Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim.
Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

4 comments:

PelikBinAjaib said...

Kena tau makna bacaan dalam solat nie, baru khusyuk.

mdfaizal said...

insyaallah, sama2 kita faham sekali makna dia.

SeMutE keChiLL said...

minta copy ye admin .. :)
ilmu dikongsi .. syukran ..

Anonymous said...

Alhamdulillah shukor....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...