[ Lain-lain: Buku Koleksi Soal Jawab Dr. Zarin Zain | Formula Menambah Susu Ibu ]
Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan
Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
![]() |
| Kebiasaanya ada label PC dan 7 |
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Antara produk "BPA free" - banyak lagi rasanya produk2 lain
|
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat (Botol susu yang mengandungi BPA)
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Selain tu utk makluman semua, botol air yang ada BPA ni banyak ada kt pasaran, kalau tengok label bawah botol ada tanda PC(7). Berdasarkan makluman kementerian kesihatan, botol BPA ni tak sesuai utk baby/kanak2 je. So kita yg org dewasa ni masih boleh guna.



17 comments:
pinjam gambar botol bpa free untuk perkongsian dengan mummy diluar sana yer :) thanks
sy pn nk pnjam gmbo botol...:)
smlm post artikel je kt blog ..
mohon share info ni ye...thx
boleh2 sila la share apa2 yg perlu
mohon share ya...credit to you :)..from mommy dya
bole cik dya. sila2.
good info..sy pun nk share picture botol ye..tq..:)
mohon share info di FB
mohon share yer...
salam..nk tahu jugak kalau da simbol 7..n ada gambar sudu n garfu 2 mcm mn plak???konfuse la...
good info...Saya nak share kat blog saya ye...
ada lg yg BPA Free.. sy baru beli semalam di Mydin USJ.. brand Pureen Basic.. terpampang BPA Free kat botol dia.. harga sgt munasabah sbb hanya RM7.50.. terus sambar 2 botol utk adik kakak...
tulah, banyak choice brand2 lain sbrnrnya. cuma jumpa tak jumpa je. hehe.
syira, kalau symbol 7 tu rsnya maybe ada BPA. sudu garpu tu ntaheler. hehe
tq mdfaizal...utk keselamatan baik tidah guna...
nk tanya ank sy dah x guna btl susu tp guna botol air yg ade straw utk minum susu...umurnya bru 1thn 7bln...tp botol air yg digunakan skrg ni ade BPA la....blh gune ke x ni?konpius ni...xtahu nk tnye sape...
MamaQistina, kalau ikutkan nasihat kem.kesihatan, mmg tak elok utk baby guna botol ada BPA. Org dewasa xpe.
So try la tukar, try cari botol air straw yg ada simbol PP(5). mesti ada punya.
ciri2 mudah: bukan lutsinar habis & tidak keras.
MamaQistina, skg dh byk botol straw yg BPA free...ank sy pakai botol straw disney pooh. tp hati2, sy ade jumpa kt jusco botol bros berlabel BPA free tp kt bwh botol berlabel no 7.. tu tandanya precaution, lepas 6 bln seelok eloknya kna tukar..
Post a Comment